Wednesday, January 29, 2014

Tugas-Tugas Pegawai Belia Dan Sukan 2

Di dalam post kali ini akan menghuraikan lagi tugas-tugas Pegawai Belia Dan Sukan. Tugas-tugas ini terdiri daripada bahagian-bahagian yang berbeza. Di antaranya ialah :


Pengurusan dan Pentadbiran Organisasi

1. Penambahbaikan dalam pengurusan dan kecekapan organisasi atau dalam jabatan anda.
2. Mengetahui dan mempraktikkan tatacara dan keselamatan pejabat.


Penyeliaan Dan Kaunseling

1.Merancang dan mengadakan keperluan bimbingan dan kaunseling.
2.Merancang dan mengendalikan sesi kaunseling.
3.Kaedah memberikan motivasi.


Pengurusan Kewangan

1.Menguruskan akaun awam seperti akaun terimaan, akaun bayaran dan sistem belanjawan negara.
2.Menguruskan perolehan kerajaan seperti bekalan,perkhidmatan dan kerja.
3.Menguruskan aset inventori,tatacara hapus kira dan tatacara pelupusan.
4.Mengetahui pengurusan stor iaitu verifikasi stor dan pemeriksaan stor.


Pembangunan Sosial Untuk Belia

1.Perancangan dan penyelarasan program pengukuhan NGO belia.
2.Program pertukaran belia.
3.Program Integrasi Nasional.
4.Program Pembangunan Kepimpinan Belia Asean.


Pembangunan Rekreasi

1.Meningkatkan infrastruktur,pengerak,penggalakkan dan sukarelawan bagi membangunkan rekreasi.
2.Penyelarasan program rekreasi bersama badan-badan rekreasi dalam budaya hidup sihat.

Jika anda adalah calon temuduga bagi jawatan Pegawai Belia Dan Sukan S41, anda mestilah membuat persediaan yang terbaik jika anda mahu kejayaan dalam temuduga kerja kerajaan Pegawai Belia Dan Sukan yang bakal anda hadiri.


No comments:

Post a Comment