Wednesday, January 1, 2014

Jawatan Pegawai Belia Dan Sukan S41

Salam sejahtera

Post kali ini akan menerangkan tentang salah satu skim jawatan kerajaan iaitu Pegawai Belia Dan Sukan S41.

Untuk pengetahuan semua, skim ini adalah di dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional. Gaji minimum yang ditawarkan ialah RM1,909.00 dengan kenaikan tahunan sebanyak RM225.00. Manakala gaji maksimum pula ialah RM8,644.00.

Di bawah ini adalah syarat-syarat lantikan bagi skim Pegawai Belia Dan Sukan S41.

 Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM1,909.00 ] atau

Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,112.86 ] dan lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM

atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

  
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:   

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Belia dan Sukan adalah layak dipertimbang untuk KPSL ke jawatan Pegawai Belia dan Sukan Gred S41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:   
  
- mempunyai kelayakan di atas; atau
- lulus Peperiksaan Khas; dan
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


No comments:

Post a Comment