Wednesday, January 29, 2014

Tugas-Tugas Pegawai Belia Dan Sukan 2

Di dalam post kali ini akan menghuraikan lagi tugas-tugas Pegawai Belia Dan Sukan. Tugas-tugas ini terdiri daripada bahagian-bahagian yang berbeza. Di antaranya ialah :


Pengurusan dan Pentadbiran Organisasi

1. Penambahbaikan dalam pengurusan dan kecekapan organisasi atau dalam jabatan anda.
2. Mengetahui dan mempraktikkan tatacara dan keselamatan pejabat.


Penyeliaan Dan Kaunseling

1.Merancang dan mengadakan keperluan bimbingan dan kaunseling.
2.Merancang dan mengendalikan sesi kaunseling.
3.Kaedah memberikan motivasi.


Pengurusan Kewangan

1.Menguruskan akaun awam seperti akaun terimaan, akaun bayaran dan sistem belanjawan negara.
2.Menguruskan perolehan kerajaan seperti bekalan,perkhidmatan dan kerja.
3.Menguruskan aset inventori,tatacara hapus kira dan tatacara pelupusan.
4.Mengetahui pengurusan stor iaitu verifikasi stor dan pemeriksaan stor.


Pembangunan Sosial Untuk Belia

1.Perancangan dan penyelarasan program pengukuhan NGO belia.
2.Program pertukaran belia.
3.Program Integrasi Nasional.
4.Program Pembangunan Kepimpinan Belia Asean.


Pembangunan Rekreasi

1.Meningkatkan infrastruktur,pengerak,penggalakkan dan sukarelawan bagi membangunkan rekreasi.
2.Penyelarasan program rekreasi bersama badan-badan rekreasi dalam budaya hidup sihat.

Jika anda adalah calon temuduga bagi jawatan Pegawai Belia Dan Sukan S41, anda mestilah membuat persediaan yang terbaik jika anda mahu kejayaan dalam temuduga kerja kerajaan Pegawai Belia Dan Sukan yang bakal anda hadiri.


Wednesday, January 8, 2014

Tugas-Tugas Pegawai Belia Dan Sukan 1

Di antara tugas-tugas Pegawai Belia Dan Sukan adalah :

  1. Merangka dasar, merancang program serta aktiviti berkaitan kegiatan belia dan sukan di peringkat Kementerian/Jabatan.
  2. Memberikan bantuan dalam bentuk pinjaman kewangan, nasihat kepakaran serta membuat penyeliaan berterusan bagi mengembangkan program-program belia dan sukan.
  3. Melaksanakan program pembangunan belia dan sukan dan mengaplikasikan pemahaman kemahiran dan pengetahuan dalam melaksanakan tugas.





Wednesday, January 1, 2014

Jawatan Pegawai Belia Dan Sukan S41

Salam sejahtera

Post kali ini akan menerangkan tentang salah satu skim jawatan kerajaan iaitu Pegawai Belia Dan Sukan S41.

Untuk pengetahuan semua, skim ini adalah di dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional. Gaji minimum yang ditawarkan ialah RM1,909.00 dengan kenaikan tahunan sebanyak RM225.00. Manakala gaji maksimum pula ialah RM8,644.00.

Di bawah ini adalah syarat-syarat lantikan bagi skim Pegawai Belia Dan Sukan S41.

 Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM1,909.00 ] atau

Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,112.86 ] dan lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM

atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

  
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:   

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Belia dan Sukan adalah layak dipertimbang untuk KPSL ke jawatan Pegawai Belia dan Sukan Gred S41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:   
  
- mempunyai kelayakan di atas; atau
- lulus Peperiksaan Khas; dan
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.